Air Mata Syukur! Masjid Al-Aqsa Dibuka Semula Selepas 40 Hari Ditutup

WorldPolitics
9 Apr 2026 • 3:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama Amerika Syarikat terhadap Iran.

Memetik laporan Anadolu, masjid berkenaan mula dibuka seawal waktu Subuh, sekali gus membolehkan ratusan umat Islam Palestin kembali memasuki pekarangan Al-Haram al-Sharif.

image is not available

Sebaik pintu dibuka dengan laungan azan Subuh, orang ramai dilihat berpusu-pusu menuju ke kawasan masjid. Ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata serta sujud syukur di pekarangan.

Ratusan jemaah kemudian berbaris menunaikan solat Subuh secara berjemaah, yang pertama kali diadakan sejak penutupan berkenaan.

image is not available

Terdahulu, Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, dilaporkan menceroboh masuk ke kawasan kompleks itu pada 6 April lalu ketika ia masih ditutup.

Artikel lain: Biadab! Israel Larang Umat Islam Tunai Solat Aidilfitri Di Masjid Al-Aqsa

Israel sebelum ini menutup sepenuhnya akses ke Masjid Al-Aqsa sejak 28 Februari lalu, bertepatan dengan serangan ke atas Iran, dengan hanya kakitangan masjid dan pegawai Wakaf Islam Baitulmaqdis dibenarkan beribadah di dalam kawasan itu.

Penduduk Palestin lain terpaksa menunaikan solat di masjid-masjid kecil sekitar bandar sepanjang tempoh sekatan tersebut.

Malah, pihak berkuasa Israel turut menghalang pelaksanaan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa tahun ini, yang merupakan sekatan pertama seumpamanya sejak pendudukan Baitulmaqdis Timur pada 1967.

image is not available

Dalam tempoh sama, Israel turut menutup Gereja Holy Sepulchre, antara tapak paling suci bagi penganut Kristian di Baitulmaqdis.

Israel sebelum ini melanjutkan perintah darurat sehingga pertengahan April, namun tidak menjelaskan sama ada penutupan Masjid Al-Aqsa akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan.

Sumber: Anadolu Ajansı

The post Air Mata Syukur! Masjid Al-Aqsa Dibuka Semula Selepas 40 Hari Ditutup appeared first on Borak Daily.