
Hujan lebat yang melanda Puncak Alam hari ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air, malah keadaan itu turut menjejaskan laluan jalan raya.
Menerusi beberapa video yang dikongsikan orang awam di Threads, keadaan banjir dilihat berlaku di beberapa lokasi termasuk kawasan yang dipercayai sebelum ini tidak pernah mengalami banjir.
Air mula naik di Puncak Alam
Menerusi perkongsian @joohnlabu di Threads, dia memaklumkan keadaan di Puncak Alam yang dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan banjir teruk.

Sementara itu, tinjauan SK di media sosial turut mendapati beberapa kawasan lain di daerah Puncak Alam dilanda hujan lebat dan banjir.
Menerusi perkongsian @si_nurainn di Threads, dia memaklumkan banyak kawasan di Puncak Alam tidak boleh dilalui susulan banjir teruk yang melanda hari ini.
Menurutnya, keadaan banjir yang berlaku menyebabkan beberapa laluan terjejas dan menyukarkan orang ramai untuk bergerak.
Baca juga:
Orang Awam Kongsi Stesen LRT Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat Petang Tadi
Tiga Maut, Jalan Raya Ditenggelami Air Susulan Hujan Lebat Di Chiba

Selain itu, pengguna Threads @dayangd_na turut berkongsi situasi di kawasan berkenaan yang disifatkannya luar biasa.
Menurutnya, kawasan tersebut sebelum ini tidak pernah mengalami banjir, namun air mula naik selepas hujan lebat yang berlarutan lebih sejam.
“Tak pernah-pernah banjir, baru hujan lebat sejam lebih je terus naik air. Nervous lah kejap sebab risau kereta kat luar. Orang Puncak Alam yang lain okay tak tu?” soalnya.





![[VIDEO] Puncak Alam banjir kilat, sejam sangkut dalam air](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-14-at-1.26.32-PM-1024x663.jpeg)
