Puncak Alam dilanda banjir kilat

LocalEnvironment
14 Aug 2026 • 4:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Puncak Alam dilanda banjir kilat

SHAH ALAM: Beberapa kawasan di Puncak Alam dinaiki air selepas hujan lebat kira-kira sejam pada tengah hari tadi, dengan air sedalam kira-kira 0.3 meter direkodkan di Jalan Persiaran Puncak Alam 6.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pemantauan risiko banjir dilakukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya di kawasan berkenaan pada 3.45 petang.

Beliau berkata hasil pemantauan mendapati berlaku limpahan air di atas permukaan jalan dengan kedalaman kira-kira 0.3 meter (satu kaki), namun tiada pemindahan penduduk dilakukan.

Sementara itu, tinjauan dalam media sosial mendapati beberapa pengguna berkongsi situasi banjir kilat di kawasan Puncak Alam susulan hujan lebat berkenaan.

Pengguna Threads dengan nama akaun dayangd_na berkongsi video keadaan di sebuah kawasan perumahan di Puncak Alam dan memaklumkan air mula naik selepas hujan lebat kira-kira sejam.

“Tak pernah lah banjir baru hujan lebat sejam lebih terus naik air. Nervous kejap sebab risau kereta di luar. Orang-orang Puncak Alam yang lain okey tak tu?,” katanya.

Seorang lagi pengguna, _xmmmmmmmm, berkongsi gambar keadaan banjir di Jalan Medan Puncak Alam serta memaklumkan beliau terpaksa membuat pusingan U selepas beberapa laluan di kawasan berkenaan dinaiki air.

Turut dikongsikan pengguna Threads akhrim_abs_official ialah video yang menunjukkan air memasuki sebuah pusat jualan kereta di Jalan Persiaran Puncak Alam. – BERNAMA

The post Puncak Alam dilanda banjir kilat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved