Air naik mendadak, bomba selamatkan empat sekeluarga

LocalEnvironment
29 Nov 2024 • 5:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan banjir di Parit Bengkok, Gersik Bukit Gambir.

TANGKAK - Seramai empat mangsa banjir dari Parit Bengkok, Gersik Bukit Gambir di sini, berjaya dipindahkan pasukan bomba dan penyelamat berikutan keadaan air yang naik mendadak di kawasan berkenaan.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Jahairi Syukor dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan jentera fire rescue tender (FRT), satu unit jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), satu jentera pacuan empat roda dengan lima anggota dihantar ke lokasi.

“Setibanya PKO ke lokasi pada jam 9.30 pagi, didapati kawasan berkenaan telah dilanda banjir.

“PKO kemudiannya telah berjaya memindahkan empat sekeluarga melibatkan tiga wanita dewasa dan seorang lelaki warga emas ke tempat yang selamat,” katanya.

Difahamkan, kerja-kerja pemindahan mangsa banjir masih lagi berjalan ketika ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved