Air pasang besar di seluruh negara diramal hari ini hingga Ahad

14 Jul 2022 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Penduduk di kawasan pesisir pantai di seluruh negara disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.

Pusat Hidrografi Nasional (PHN) memaklumkan di Twitter, fenomena itu berlaku disebabkan pengaruh daya tarikan graviti bulan dan matahari.

Sementara itu, PHN dalam laman Facebooknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca dan merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar peka dan berwaspada berdepan fenomena ini,” menurutnya.

“Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk (maklumat) keselamatan kawasan pesisir pantai.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.