Air Selangor ganti paip, turap semula Jalan SS6/3

6 Jul 2025 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH AIDA NYAN

SHAH ALAM, 5 JULAI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan melaksanakan kerja turapan semula di sekitar Jalan SS6/3 Kelana, Jaya selepas selesai projek penggantian paip di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, pembaikan jalan berkenaan dilaksanakan mengikut perancangan dan selaras dengan tatacara kerja penyelenggaraan infrastruktur.

Namun katanya, sehingga kini kerja turapan penuh masih belum dilaksanakan kerana Air Selangor memaklumkan perlu menunggu kerja penggantian sebuah injap utama di lokasi sama.

“Saya tahu memang menyukarkan dan menyulitkan penunggang motosikal, bahaya kepada mereka dan tidak selesa kepada pengguna jalan raya.

“Pembaikan itu bukan di pihak Jabatan Kerja Raya atau pihak majlis tetapi Air Selangor akan membiayai turapan penuh tersebut,” katanya menerusi video di Instagram.

24 Oktober tahun lalu, isu jalan berlubang di lokasi sama pernah dibangkitkan menerusi media sosial.

Susulan itu, Fahmi memaklumkan bahawa kerja penurapan semula telah dijalankan oleh Air Selangor dengan pemantauan pihak Kusel.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved