Air Selangor: Pemulihan bekalan air capai tahap 14.4 peratus 

10 Aug 2022 • 2:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 OGOS: Proses pemulihan bekalan air di kawasan yang terbabit dengan operasi penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa sudah mencapai kadar 14.4 peratus setakat 12 tengah hari tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tempoh masa pemulihan bekalan air di 188 kawasan di Hulu Selangor itu adalah berbeza mengikut kawasan dan bergantung kepada lokasi serta jarak premis pengguna.

“Bekalan air dijangka untuk pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi, esok.

“Air Selangor ingin menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili mengalir sehingga air menjadi jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian,” katanya menerusi kenyataan.

Maklumat terkini juga dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Senarai kawasan yang menerima air berperingkat-peringkat selepas bekalan distabilkan turut dimuatkan di Facebook syarikat berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved