92 peratus bekalan air di Hulu Selangor pulih takat 9 malam

10 Aug 2022 • 10:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 OGOS: Pemulihan bekalan air di kawasan Hulu Selangor yang terbabit dengan operasi penyenggaraan aset Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa mencapai 92 peratus setakat 9 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tempoh pemulihan bekalan berbeza mengikut kawasan serta bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bekalan air 188 kawasan wilayah Hulu Selangor dijangka pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi esok.

“Air Selangor menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan untuk membiarkan pili mengalir sehingga air menjadi jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Orang ramai boleh melayari https://hentitugas.airselangor.com/untuk maklumat lanjut.

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved