Air Selangor: Status pulih bekalan capai 58.2 peratus takat 9 malam

25 Mar 2023 • 9:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 MAC: Status pemulihan bekalan air di 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam mencapai 58.2 peratus setakat 9 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna selepas sistem bekalan air distabilkan.

Air Selangor dalam kenyataan berkata bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi esok.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya di Facebook.

Gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam berlaku akibat paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang, malam tadi

image is not available.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved