Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih 34.6 peratus takat 6 petang

25 Mar 2023 • 7:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 MAC: Status pemulihan bekalan air di 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam mencapai 34.6 peratus setakat 6 petang.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna selepas sistem bekalan air distabilkan.

Air Selangor dalam kenyataan berkata bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi esok.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya di Facebook.

image is not available

image is not available

Air Selangor menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

Gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam bermula jam 10 malam tadi, akibat paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang.

Susulan tu, Air Selangor menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa boleh diperoleh menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook dan aduan boleh diajukan di Help Centre di www.airselangor.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved