Air telaga di Kelantan kering, penduduk terpaksa buang selut & gali lebih dalam

2 May 2024 • 9:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Cuaca panas berterusan sejak awal Februari lalu telah menyebabkan air telaga di Kelantan mulai kering sehingga menyebabkan penduduk terpaksa membuat penggalian semula bagi mencari sumber mata air.

Air telaga di Kelantan kering

Menerusi hantaran tular dimuat naik @maryanyoe di TikTok, dia memakluman telaga buatan di rumahnya kering buat kali pertama setelah sekian menetap di sana.

Katanya, kejadian tersebut tidak pernah lagi berlaku dan kemarau pada kali ini sememangnya memberikan kesan buat mereka.

“Sekat (sejak) duduk di rumah peninggalan arwah ayah ni, tak pernah lagi telaga buatan ini kering.
“Tapi akibat kemarau berpanjangan, akhirnya kering juga setelah berpuluh tahun,”maklumnya.

image is not available

Terpaksa gali dalam, buang selut

Turut kelihatan lapisan tanah lumpur yang tebal di dasar telaga sehingga menghalang punca air daripada keluar.

Disebabkan itu, mereka terpaksa membuang tanah lumpur yang ‘menghuni’ di segenap telaga selain menggali lebih dalam.

“Jadi terpaksa lah ranyaa (sentuh) semula telaga ni, buang selut kedodok (tanah lumpur), gali dalam sikit nak suruh ada air,” ujarnya.

image is not available

@marjanyoe

Sekat duk umah peninggalan arwah ayah nie..xpernah lg telaga buatan dia kering..tp akibat kemarau berpanjangan akhirnya kering jgak stelah berpuluh tahun..jd terpaksa la “ranyaa” smula lago ni..buang selut kedodok..gali dlm ckit nk suh ado air..kita ikhtiar slagi blh..usaha tangga kejayaan..#syukurselalu #kemarau2024#fypシ゚viral

♬ Teguh_Kasawari – Abg Jiwang_Official

Samalah dengan telaga rumah saya

Meninjau di ruangan komen, terdapat beberapa penduduk di kawasan lain turut mengalami masalah yang sama.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @marjanyoe