AirAsia Kini Tawar Penerbangan ‘Direct’ Kuching-Penang Dengan Hanya RM 119

27 Jan 2024 • 5:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penerbangan langsung dari Kuching ke Penang

AirAsia Kini Tawar Penerbangan ‘Direct‘ Kuching-Penang Dengan Hanya RM 119. Buat anda di luar sana yang ingin menikmati penerbangan kadar rendah ke Pulau Pinang, AirAsia kini sudah menambahkan kembali penerbangan langsung dari Kuching ke Penang.

Anda boleh mula tempah tiket penerbangan hari ini hingga 18 Februari 2024 untuk penerbangan langsung ke Penang pada 31 Mac hingga 30 November 2024.

image is not available
AirAsia Kini Tawar Penerbangan ‘Direct’ Kuching-Penang Dengan Hanya RM 119

Tempoh tempahan hingga 18 Februari ini

Oleh kerana promosi penerbangan daripada AirAsia ini akan dibuka sehingga 18 Februari ini, kami sarankan agar anda tempah awal tiket anda!

Pada bulan Mac tahun lalu, AirAsia telah menangguhkan penerbangan langsung Kuching ke Penang dan hal ini membuatkan penumpang terpaksa memilih syarikat penerbangan lain ataupun membuat perhentian ke Kuala Lumpur sebelum melakukan penerbangan ke Penang.

Kini dengan adanya penerbangan langsung, penumpang dari Sarawak boleh melancong melihat budaya menarik di Penang.

Jadi tunggu apa lagi, cepat tempah penerbangan anda sekarang sebelum terlambat!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/rm149-airasia-jakarta-kuching-setiap-hari/

https://www.iloveborneo.my/penerbangan-langsung-kuching-pontianak-akan-dimuktamadkan/