airasia Superapp, foodpanda bergabung kepakaran e-hailing dan penghantaran makanan

TechnologyStartup
12 May 2023 • 12:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

image is not available

airasia Superapp, foodpanda bergabung kepakaran e-hailing dan penghantaran makanan

zulfadli

12/05/2023 - 12:31

KUALA LUMPUR 12 Mei - airasia Superapp dan foodpanda bersama-sama mengumumkan kerjasama inovatif yang menggabungkan kekuatan kedua-dua platform untuk menawarkan nilai lebih baik dan kemudahan untuk pengguna di ASEAN.

Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua platform itu memanfaatkan kekuatan masing-masing, yang mana perkhidmatan e-hailing airasia Superapp, airasia ride boleh didapati di aplikasi foodpanda.

Manakala, foodpanda yang merupakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit dan makanan atas permintaan terbesar di Asia tidak termasuk China akan memperkasakan perkhidmatan penghantaran makanan yang menghubungkan jutaan pengguna airasia Superapp kepada rangkaian meluas foodpanda terdiri daripada lebih 100,000 peniaga dan beribu-ribu rakan kongsi penghantaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes berkata, pihaknya memberikan tumpuan untuk memenuhi visi aplikasi super pengembaraan mereka, dan gembira kerana telah menemui sinergi positif dengan rakan kongsi penghantaran kukuh sambil beralih kepada model tempahan di tempat makan.

Katanya, kerjasama tersebut membolehkan mereka untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain iaitu kehebatan penghantaran makanan dan barangan runcit foodpanda serta perkhidmatan pengangkutan disokong ekosistem aplikasi super pengembaraan lengkap, yang merupakan keperluan untuk pengembara dan pengguna harian kedua-dua aplikasi tersebut.

"Terdapat begitu banyak potensi yang mana kedua-dua airasia Superapp dan foodpanda boleh meneroka lebih mendalam bersama-sama, seperti penyelesaian pembayaran melalui BigPay, program kesetiaan bersama dengan airasia rewards, dan juga potensi dalam pelan langganan kedua-dua pihak serta banyak lagi.

"Kami gembira untuk memulakan kerjasama yang melibatkan perkhidmatan pengangkutan e-hailing dan juga penghantaran makanan kami di Malaysia pada hari ini," katanya pada sidang akhbar kerjasama tersebut di KL Sentral hari ini.

image is not available
Jakob Angele (kiri) dan Tan Sri Tony Fernandes pada sidang akhbar kerjasama airasia dengan foodpanda di KL Sentral pada 12 Mei 2023.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) foodpanda, Jakob Angele dan pemangku CEO airasia Superapp, Mohammad Hafiz Mohd Fadzil.

Jakob pula berkata, peluang untuk membawa dua jenama terkemuka di Malaysia ini cukup bermakna.

Katanya, kedua-dua pihak telah mencipta perkhidmatan yang hebat yang mana pelanggan di Malaysia telah sebati dan menjadikannya sebahagian daripada gaya hidup mereka.

image is not available

image is not available

"Jadi, ia merupakan kerjasama yang selari dengan matlamat kedua-dua pihak yang akan bersama-sama memberikan nilai lebih hebat, kepelbagaian dan kemudahan kepada semua pelanggan kami," katanya.

Bersempena dengan kerjasama ini, pelanggan airasia Superapp dan foodpanda boleh menikmati tawaran perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanan yang eksklusif dengan melayari aplikasi foodpanda dan airasia Superapp untuk maklumat lanjut.

Dapatkan lebih banyak info terkini mengenai airasia Superapp dengan mengikuti akaun @airasiasuperapp di Instagram/TikTok dan @airasia di Twitter.

Untuk maklumat lanjut mengenai foodpanda, layari foodpanda.my atau ikuti @foodpandamy di Instagram, Facebook dan TikTok. - DagangNews.com

Terkini