AirBorneo lancar laman web, ambil alih jualan tiket MASwings bermula esok

LocalBusiness & Finance
9 Dec 2025 • 2:26 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

AirBorneo lancar laman web, ambil alih jualan tiket MASwings bermula esok
image is not available
haziq09/12/2025 - 14:26 Oleh HAZIQ HAKIMI haziq@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Dis – AirBorneo akan melancarkan secara rasmi laman web dan pusat panggilannya pada 10 Disember 2025, sekali gus menandakan permulaan jualan tiket bagi pengambilalihan operasi MASwings yang dijadualkan pada penghujung Disember 2025.

 

Menurut AirBorneo, semua tiket dan tempahan sedia ada MASwings kekal sah tanpa sebarang perubahan kepada jadual penerbangan dan tarikh perjalanan.

 

“Penumpang yang memiliki tiket MASwings untuk perjalanan pada atau selepas 14 Januari 2026 akan menerima makluman individu berkaitan pengeluaran semula tiket di bawah jenama AirBorneo,” kata syarikat itu dalam dalam kenyataan hari ini.

 

Bagi memudahkan peralihan fasa operasi, AirBorneo memaklumkan beberapa garis panduan penting kepada penumpang bermula 10 Disember 2025:
•    Pembelian tiket baharu untuk perjalanan pada atau sebelum 13 Januari 2026:
Penumpang perlu terus membeli tiket melalui laman sesawang MASwings sedia ada di www.maswings.com.my.


•    Pembelian tiket baharu untuk perjalanan pada atau selepas 14 Januari 2026:
Semua tiket perlu dibeli melalui laman web AirBorneo di www.airborneo.com.
Tiket juga boleh dibeli melalui pusat panggilan AirBorneo di 1300221388 (talian bebas tol tempatan) atau +6082537555 (panggilan antarabangsa).

 

Tambah AirBorneo, maklumat lanjut termasuk soalan lazim umum boleh diperoleh melalui laman web www.airborneo.com, manakala pasukan perkhidmatan pelanggan syarikat turut bersedia membantu melalui nombor pusat panggilan yang disediakan. - DagangNews.com

Terkini featured standard