Airbus Dilaporkan Ingin Memindahkan Sistem Kritikal Keluar Daripada AWS, Google dan Microsoft

WorldTechnology
22 Dec 2025 • 10:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kegusaran yang muncul tahun ini ialah Amerika Syarikat boleh menghalang perisian buatan syarikat tempatan daripada digunakan oleh negara lain. Di bawah pentadbiran Trump, negara luar mula menyedari pergantungan kepada perisian buatan negara tersebut boleh menyebabkan operasi lumpuh dan dalam situasi lebih serius mungkin dipantau agensi risikan. The Register hujung minggu lalu melaporkan Airbus sedang mempertimbangkan memindahkan sistem kritikal mereka keluar daripada infrastruktur milik Amazon Web Services, Google dan Microsoft atas sebab di atas.

image is not available

Sistem dianggar kritikal ialah Perancangan Sumber Perusahaan (ERP), pembuatan, Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM), dan reka bentuk pesawat dengan ia akan dipindahkan ke sistem awanan berdaulat kendalian syarikat Eropah. Ini adalah kerana mereka melihat data sensitif peringkat nasional dan juga Eropah mesti harus di bawah kawalan Eropah.

Keputusan ini diambil selepas pentadbiran Trump memberikan amaran beberapa kali ke atas EU atas tindakan seperti denda yang dikenakan ke atas syarikat teknologi seperti Apple, Google dan Meta sejak tiga tahun kebelakangan ini. Kes terbaru ialah Ketua Pendawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) hilang akses akaun Microsoft beliau selepas dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat. Ini semua kerana ICC memulakan siasatan jenayah perang serta genosid dilakukan oleh Israel ke atas Palestin.

Di luar daripada Eropah, Amerika Syarikat menghalang Huawei menggunakan lesen perisian Google GMS dan Microsoft pada produk mereka bagi memberikan tekanan ke atas China dalam perbincangan perdagangan yang masih belum selesai sehingga ke hari ini.