Disney Menuduh Google Melanggar Hak Cipta Mereka Menerusi Gemini

WorldTechnology
12 Dec 2025 • 8:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Disney menghantar surat perintah henti kepada Google dan menuduh syarikat gergasi teknologi itu melanggar hak cipta secara besar-besaran menerusi kecerdasan buatan (AI) generatif Gemini keluaran mereka. Google turut didakwa melanggar cipta Disney tanpa kebenaran untuk melatih model AI.

image is not available

Model AI Gemini seperti Nano Banana boleh menjana watak Disney seperti dari siri Lion King, Star Wars dan Marvel dengan tera air diletakkan pada imej yang dihasilkan. Menurut Disney ini memberikan gambaran seakan ia menerima kelulusan rasmi daripada mereka.

Menurut Disney, syarikat itu telah menyuarakan kebimbangannya kepada Google selama berbulan lamanya tetapi Google tidak melakukan apa-apa sebagai tindakan dengan ia hanya meningkat dalam tempoh itu. Google pula berkata mereka menggunakan data awam dan telah membangunkan kawalan hak cipta tambahan seperti Google-extended dan Content ID.

Surat perintah henti ini dihantar kepada Google selepas Disney baru sahaja mengumumkan kerjasama selepas 3 tahun dengan OpenAI membenarkan watak mereka dijana oleh Sora. Disney turut melakukan pelaburan $1 bilion ke dalam OpenAI dan akan menggunakan teknologi dan kepakaran OpenAI dalam membangunkan produk baharu mereka, termasuk menambah-baik pengalaman pengguna.