Airbus tambah simulator H175 baharu di Malaysia, operasi jangka bermula separuh kedua 2026

LocalBusiness & Finance
20 May 2025 • 10:22 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Airbus tambah simulator H175 baharu di Malaysia, operasi jangka bermula separuh kedua 2026

image is not available

20/05/2025 - 10:22

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 20 Mei – Airbus menambah satu lagi simulator penerbangan penuh (Full-Flight Simulator, FFS) jenis H175 di Subang, menjadikan jumlah simulator Airbus Helicopters kepada tiga unit di Malaysia selepas H225 dan AS365.

Simulator baharu itu dijangka beroperasi pada separuh kedua 2026 dan merupakan yang pertama seumpamanya di luar Eropah.

Langkah itu selari usaha Airbus memperluas pusat latihan helikopter di Malaysia bagi memenuhi permintaan latihan yang semakin meningkat di rantau Asia Pasifik.

Setakat ini, pusat latihan Airbus Helicopters telah merekodkan lebih 21,000 jam latihan kepada kira-kira 2,600 juruterbang.

Naib Presiden Eksekutif Sokongan Pelanggan dan Perkhidmatan Airbus Helicopters, Romain Trapp berkata, pelaburan itu mencerminkan komitmen Airbus terhadap keselamatan penerbangan dan sokongan kepada pelanggan serantau.

"Dengan memperluaskan keupayaan latihan di Malaysia, kami memastikan juruterbang dan juruteknik di Asia Pasifik mendapat akses kepada kemudahan bertaraf dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Simulator H175 itu dilengkapi teknologi Tahap D (Level D), sistem avionik Helionix, dan pakej data OEM untuk meniru prestasi sebenar helikopter.

Kemudahan itu turut menyokong latihan jenis pesawat, latihan berulang, dan misi penerbangan kritikal, sekali gus meningkatkan kecekapan dan kesiapsiagaan juruterbang.- DagangNews.com

standard