Aircond kereta rosak, wanita dipuji sanggup tahan panas & berpeluh demi suami

Family & Parenting
2 May 2024 • 7:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wanita dipuji sanggup tahan panas

Seorang lelaki meluahkan rasa sebak apabila melihat isterinya tidur dalam keadaan berpeluh akibat kepanasan kerana penghawa dingin kereta rosak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan di laman TikToknya, dia mengusap peluh isteri dan secara tidak langsung membuatkan wanita itu terjaga daripada tidur.

Dalam video tersebut, dia berasa kasihan melihat kesusahan yang dialami isterinya yang tidak kisah menahan panas demi insan tersayang.

Wanita dipuji sanggup tahan panas

Bagaimanapun, isterinya percaya bahawa suatu hari nanti urusannya bersama suami dipermudahkan Allah dan tetap berada di sisi syurganya walau apa pun berlaku.

“Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak mengapa saya doakan suatu hari nanti Allah bagi kita senang balik, insya-Allah..doa baik-baik okay, saya sentiasa ada untuk awak,” ujar wanita tersebut.

Wanita dipuji sanggup tahan panas

image is not available

Untung abang dapat isteri memahami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pengorbanan wanita terbabit dan lelaki tersebut sepatutnya beruntung memiliki isteri yang sanggup susah senang bersama-sama.

image is not available image is not available

Apa jenis foundation yang dia pakai tu?

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah jenis ‘foundation’ yang digunakan oleh wanita terbabit kerana yang tidak meninggalkan kesan selepas dikesat oleh suaminya.

image is not available

Sumber: TikTok @afaqmomox2