AirPods Baharu Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Hadapan

TechnologyDigital
19 Aug 2024 • 12:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple dijangka memperkenalkan kemaskini kepada penawaran iPhone pada bulan September 2024 ini, dan bersama-sama dengannya juga, syarikat gergasi yang berpusat di Amerika Syarikat ini turut dijangka mengumumkan fon telinga nirwayar terbaru mereka, dibawah siri AirPods.

image is not available

Apple dijangka menawarkan dua versi baharu untuk AirPods generasi ke-4, iaitu versi asas, selain versi sedikit mahal yang menyertakan sokongan pembatalan hinggar aktif. Kemaskini ini juga dijangka akan menyeragamkan pengecasan untuk fon telinga nirwayar, membolehkan semua beralih ke pengecasan berasaskan USB-C. Penawaran ini dijangka akan menggantikan penawaran AirPods 2 dan AirPods 3 sedia ada di pasaran.

Dengan perkembangan ini, sekiranya anda berhasrat mendapatkan AirPods dalam masa terdekat, mungkin boleh menangguhkan ia sementara, dan melakukan keputusan akhir membelinya pada bulan September kelak.