Fon Telinga Nirwayar Google Pixel Buds Pro 2 Hadir Ke Malaysia Pada Harga RM1099

TechnologyDigital
14 Aug 2024 • 12:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melengkapkan pengenalan produk Pixel di Malaysia hari ini, Google turut membawa masuk fon telinga nirwayar terbaru mereka, iaitu Pixel Buds Pro 2. Google menggunakan cip Tensor A1 bersama dengannya, dalam menjadikan pengalaman audio melalui fon telinga ini kedengaran lebih menarik dan premium.

image is not available

Pixel Buds Pro 2 ini hadir dengan ciri pembatalan hinggar aktif membolehkan anda memfokuskan untuk mendengar audio melaluinya, selain turut hadir dengan sokongan untuk melancarkan Google Gemini. Ciri pintar lain yang turut hadir adalah termasuk kebolehan menjeda muzik secara automatik apabila peranti anda mula bercakap atau bersembang dengan yang lain.

Di Malaysia, fon telinga nirwayar ini ditawarkan pada harga RM1099 bermula 22 September kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved