Aiskrim dapat respon kurang baik, netizen puji cara Auntie Ja terima teguran

LocalEntertainment
31 Dec 2024 • 11:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aiskrim dapat respon kurang baik

Ramai yang memberikan pujian kepada pemilik Suka Dessert apabila menerima maklum balas dengan tenang selepas aiskrim dapat respon kurang baik dari seorang pempengaruh terkenal.

Dalam tangkapan layar yang dimuat naik pengguna X dikenali sebagai Cikgu Anep, pemilik Suka Dessert yang dikenali sebagai Auntie Ja telah meninggalkan komen di ruangan media sosial Jason dengan menerima baik reviu tersebut dan berjanji akan memperbaiki kekurangan.

image is not available

Aiskrim dapat respon kurang baik, pemilik respon minta maaf

Auntie Ja menyatakan yang dirinya sangat menghargai reviu jujur dari Jason dan menerimanya dengan hati terbuka.

Dia juga mengatakan akan menambahbaik aiskrim tersebut dengan memastikan kualitinya dijaga dengan baik supaya sedap di tekak.

image is not available

Aiskrim dapat respon kurang baik sebab kon lemau & rasa seperti aiskrim murah

Permohonan maaf yang dibuat Auntie Ja itu susulan video yang dikongsi Jason di TikTok sewaktu membuat ulasan tentang aiskrim viral tersebut apabila mendakwa mendapat aiskrim tersebut terasa murah dan kon brownies sudah lemau.

@scaredtodie

went back at 2pm to get gf her choc cheese in cup but still saw the 3p ice cream in stock with almost no queue #malaysiafood #foodreview #makanlokal #jasonfoodreview #scaredtodie #klfoodie #mahalnamampuiii

♬ original sound - Jason - Jason

Akui kesilapan dari pihak sendiri

Dalam pada itu, pemilik Suka Dessert turut memuat naik video penjelasan dan mengakui sendiri tentang kesilapan dari pihaknya.

Susulan daripada itu, dia telah memberikan solusi dengan menyediakan bahan-bahan fresh untuk dijual kepada pelanggan.

Instagram will load in the frontend.

Positif sangat bila terima kritikan

Perkongsian tersebut telah mendapat pujian daripada netizen di media sosial apabila masing-masing berasa senang dengan cara Auntie Ja menjawab kritikan yang diterima.

Mereka juga mengatakan bahawa akan sentiasa menyokong perniagaan usahawan tersebut dan kagum dengan caranya menanggapi isu tersebut secara positif.

image is not available

Jangan risau, ramai lagi yang menyokong

image is not available

Kalau kena dekat usahawan lain belum tentu dia buat macam Auntie Ja

image is not available

Bagus ada yang tegur, kedai dapat baiki

image is not available

Terdahulu, aiskrim keluaran kedai tersebut telah dikritik mahal oleh sesetengah pihak dan setaraf jenama terkemuka.

Walau bagaimanapun, Auntie Ja telah memberi penjelasan mengapa aiskrim keluaran kedai mereka berharga RM18 dan para ramai yang mulai faham serta menganggap ia sepadan dengan kualiti yang diberi.

Sumber: X Cikgu_Anep, TikTok scaredtodie, Instagram sukadessert