“Maafkan Auntie Ja” – Dapat ‘Review’ Rendah Untuk Aiskrim RM18, Auntie Ja Terima Dengan Positif

Entertainment
31 Dec 2024 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, buat foodie atau peminat makanan di luar sana pasti akan menunggu ulasan daripada pempengaruh atau pengkritik makanan.

Terbaru, food reviewer terkenal di TikTok iaitu Jason membuat ulasan untuk satu makanan yang sedang tular sekarang iaitu ais krim ‘3 phase’ dari Suka Dessert yang berharga RM 18.

@scaredtodie

went back at 2pm to get gf her choc cheese in cup but still saw the 3p ice cream in stock with almost no queue #malaysiafood #foodreview #makanlokal #jasonfoodreview #scaredtodie #klfoodie #mahalnamampuiii

♬ original sound – Jason – Jason

Jason menerusi TikTok miliknya berkata ais krim itu tidak sepadan dengan harganya, pempengaruh itu juga menyamakan tekstur kon ais krim itu dengan biskut yang sudah ‘masuk angin’, dia kemudiannya memberikan rating 4.7 untuk manisan tersebut.

Meskipun pemmpengaruh itu meletakkan rating yang begitu rendah untuk manisan itu, Siti Hajar atau lebih dikenali sebagai Aunti Ja yang merupakan pemilik Suka Dessert tidak melatah dengan kritikan itu sebaliknya mengambilnya dari sudut positif.

@sukadessert.hq

Darlings.. bukan review Jason saja Auntie Ja ambil kira. Semua komen dan feedback customer SD Auntie Ja sangat ambil berat. Maafkan Auntie Ja, mengecewakan darlings. Beri Auntie Ja peluang untuk tebus kesilapan Auntie Ja #ownersukadessert

♬ original sound – Sukadessert.hq – Sukadessert.hq

“Darlings, bukan review Jason saja Auntie Ja ambil kira. Semua komen dan feedback customer SD Auntie Ja sangat ambil berat.

Maafkan Auntie Ja, mengecewakan darlings. Beri Auntie Ja peluang untuk tebus kesilapan Auntie Ja,” tulisnya di kapsyen.

Malah, Auntie Ja turut memberitahu bahawa dia akan mengembalikan semula wang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kualiti ais krim yang dijual ketika event di The Curve, Mutiara Damansara itu.

Sumber: TikTok (1)(2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved