“Aiskrim date terakhir dengan atok…” – Cucu kongsi momen akhir sehari sebelum pemergian, buat ramai sebak

23 Jan 2026 • 5:05 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Kehilangan orang tersayang selalunya datang tanpa amaran. Kadang-kadang, kita tak sempat pun ucap selamat tinggal, apatah lagi peluk untuk kali terakhir. Apa yang tinggal hanyalah kenangan kecil, gelak tawa, jalan-jalan ringkas, atau sekadar makan aiskrim bersama… yang rupa-rupanya menjadi momen terakhir.

Perkongsian seorang wanita tentang detik akhir bersama datuk tercinta di Threads nyata mengundang sebak dalam kalangan warga maya.

Menerusi hantaran di ruangan family, pengguna akaun @nuriliqistina berkongsi kenangan manis yang kini menjadi memori paling akhir bersama arwah atoknya.

Menurutnya, hari tersebut rupa-rupanya menjadi pertemuan terakhir mereka tanpa disangka.

“Isnin (19/1/2026).. sehari sebelum atok meninggal.. aiskrim date kita yang terakhir

jalan-jalan kita yang terakhir

biasa atok cakap bye-bye dekat kaklong, tapi hari terakhir atok tinggalkan kaklong tak cakap bye-bye pun

gambar last sekali tu senyuman terakhir atok untuk kaklong ”

Lebih menyentuh hati, dia turut berterima kasih kepada seorang individu dikenali sebagai @ashhryyyyyy yang memberi duit poket untuk membawa atok keluar berjalan.

“Terima kasih abang sebab bagi money pocket, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki seperti air zamzam yang mengalir, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ”

Momen kecil, kenangan paling besar

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan mereka sempat meluangkan masa bersama, menikmati aiskrim dan berjalan santai, perkara ringkas, namun kini menjadi kenangan paling berharga.

Siapa sangka, “aiskrim date” itu rupa-rupanya pertemuan terakhir.

Kadang-kadang, momen biasa itulah yang akhirnya paling kita rindu.

Netizen turut sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui mereka tidak mampu menahan air mata membaca kisah tersebut. Ada yang sekadar menulis ringkas, “Bye atok… Al-Fatihah”, manakala yang lain berseloroh sedih mengatakan, “Kak ko sengaja bagi aku nangis,” kerana baru sahaja menonton video arwah menikmati aiskrim beberapa hari lalu.

Malah, ramai perasan momen itu seolah-olah sudah memberi ‘petanda’, apabila arwah dilihat teringin makan aiskrim. Mereka menyifatkan cucu tersebut bertuah kerana sempat merakam kenangan terakhir bersama atok tersayang, sambil menitipkan doa agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sesungguhnya, kehilangan orang tua dalam keluarga bukan sesuatu yang mudah. Namun kenangan kecil seperti inilah yang akan terus hidup dalam ingatan sampai bila-bila.

Al-Fatihah buat arwah atok. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. – The Malaysian Update

The post “Aiskrim date terakhir dengan atok…” – Cucu kongsi momen akhir sehari sebelum pemergian, buat ramai sebak appeared first on The Malaysian Update.

View Original Article