Aisyah Hijanah Amalkan Berpantang Cara Melayu & Saintifik - “Pagi Berurut, Bertungku, Tenghari Masuk Office & Banyakkan Pergerakkan”

11 Jun 2025 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah menjawab pertanyaan netizen yang hairan melihat dirinya bertenaga dan terus bekerja walaupun selepas bersalin.
 

Sehari bersalin terus boleh bekerja

 


Menurut Aisyah, segala yang berlaku adalah disebabkan oleh kekuatan pada pemikiran sendiri.


 


Malah katanya lagi, dia turut mengamalkan dua cara berpantang iaitu cara pantang melayu dan juga saintifik.


 


“Macam mana boleh kuat tenaga lepas bersalin? Terima kasih untuk semua yang doakan Aisyah. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk Aisyah terus kerja lepas bersalin. 


 

“Sebenarnya your mindset is everything. Aisyah ada pantang, cuma Aisyah mix cara pantang melayu dan saintifik.
 
“Pagi, Aisyah akan berurut tungku semua. Masuk tengahari, Aisyah akan masuk office dan banyakkan pergerakan. 

 


“Aisyah memang train badan Aisyah untuk kuat dan boleh hadap semua perkara. Bila kita ada strong mindset, insya-Allah kita akan kuat dan boleh buat macam-macam,” jelasnya.

 

Tak boleh duduk diam, harus aktif

 


Dalam hantaran yang sama, Aisyah juga mengakui dia bukanlah sekrang wanita yang boleh duduk diam dalam masa yang lama.


 


Disebabkan itu juga, dia harus melakukan banyak pergerakkan dan sentiasa aktif.


 


“Aisyah tak boleh duduk diam, saya tak suka melihat diri saya terbarung di atas katil untuk waktu yang lama.


 

“Saya perlu lakukan sesuatu dan bada saya perlu aktif. Minum jus buah, makan banyan buah. When you aim high, badan dan mindset kita pun akan gerak selari dengan apa yang kita nak. 
 
“Sebab itu saya masih banyakkan pergerakan aktif. Alhamduliliah saya tak ada koyak dan jahit, jadi boleh bergerak macam biasa buat masa sekarang.

 


“Alhamdulillah. The key is a powerful mindset will move your body to its purpose. You create your own mindset. Stay healthy!” kongsinya.


 

Terdahulu, Aisyah selamat melahirkan cahaya mata keempatnya Sabtu lalu.


 


 

View Original Article