Aisyah Hijanah Beri Pesanan Buat Kaum Wanita Untuk Cari Calon Suami

Entertainment
6 Dec 2023 • 7:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Aisyah Hijanah kongsi tips cari calon suami dan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang lelaki itu. Perkongsiannya itu tersebar di TikTok selepas salah seorang peminatnya bertanyakan soalan berkenaan.

Soalan itu diajukan buat Aisyah kerana kawan kepada individu terbabit difahamkan bakal berkahwin dan disebabkan itu soalan ini penting bagi memastikan ia keputusan yang tepat.

Apapun, jawapan Aisyah menarik perhatian ramai apabila menyatakan ramai orang tahu tentang agama tetapi tak semuanya faham.

Ramai orang yang tahu agama. Tapi tak faham..

Kata Aisyah, wanita yang mahu berkahwin perlu mencari lelaki yang memahami dan pratikkan agama, matang serta mampu membimbing.

Dalam pada masa yang sama, pempengaruh itu berkata hal yang paling besar dipelajari olehnya adalah semua sekadar pinjaman Allah SWT.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.