(VIDEO) Aisyah Hijanah Dapat Jambangan Ros Bernilai RM1.6K, ‘Peminat Misteri’ Tampil Buat Pengakuan

Entertainment
4 Dec 2023 • 10:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pensohor media sosial penuh kontroversi, Aisyah Hijanah baru-baru ini difahamkan ada menerima satu jambangan bunga ros merah daripada individu misteri sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Rupa-rupanya, ‘peminat misteri’ yang mengirimkan jambangan bunga itu adalah rakan Aisyah yang juga pempengaruh media sosial, Sally Whoo.

Sally menerusi satu hantaran video TikTok tampil membuat penjelasan mengenai kirimannya itu kerana ingin mengelakkan fitnah daripada berleluasa.

Aku nampak satu hantaran dekat TikTok, pasal bunga Aisyah Hijanah dapat. Aku nak beritahu bunga itu daripada aku, aku yang bagi.

Kata Sally, dia terlupa untuk menulis namanya pada kad ucapan jambangan bunga tersebut sehingga menimbulkan salah faham terhadap hantaran tersebut.

Sebenarnya aku tak nak beritahu orang pun yang aku bagi bunga dekat Aisyah. Tapi aku kena buat video ni untuk terangkan keadaan sebenar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pemsohor media sosial itu yang bertindak menjelaskan situasi sebenar kepada umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 19 hours ago

"Saya Mohon Delete, Keadaan Makin Tak Terkawal" - Aisyah Hijanah DM Individu Sebar 'Voice Note' Gaduh Dengan Alif Teega?