Aisyah Hijanah Dedah Keadaan Semakin Tidak Terkawal Pada Individu Sebar ‘Voice Note’ Gaduh Dengan Alif Teega?

Entertainment
3 Dec 2023 • 7:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Melalui laman TikTok baru-baru ini, satu video memaparkan screenshot mesej yang dihantar oleh pempengaruh dikenali ramai, Aisyah Hijanah telah menarik perhatian netizen.

Dapat dilihat dalam video tersebut, Aisyah memohon agar individu yang menyebarkan ‘bukti-bukti’ dirinya dipukul memadam kesemuanya.

image is not available

Kebanyakkan netizen meluahkan rasa kasihan terhadap wanita tersebut yang terpaksa mendiamkan diri jika benar suami, Alif Teega mengasari dirinya.

Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen syak bahawa mesej yang dihantar itu bukan ditulis oleh Aisyah tetapi orang lain.

image is not available

Sekadar info, rumah tangga Aisyah Hijanah mula mendapat perhatian selepas dia dan suami, Alif Teega memuat naik hantaran memberitahu lelaki terbabit sudah berkahwin satu lagi bersama wanita bernama Fatin Umaidah.

Lagi memanaskan keadaan, adik lelaki Aisyah tampil mendedahkan kakaknya sering dipukul oleh Alif dan voice note mereka bergaduh tersebar di media sosial.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.