Aisyah Hijanah Failkan Cerai Terhadap Suaminya, Alif Teega

Entertainment
1 Sep 2024 • 3:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba gempar apabila diperkatakan pempengaruh terkenal, Aisyah Hijanah Azhari dikatakan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, atau Alif Teega.

Menurut laporan mStar, Aisyah Hijanah dikatakan telah membuat permohonan tersebut pada Ogos lalu.

Tuntutan cerai tersebut difahamkan telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Derah Gombak Timur, Ampang.

Bagaimanapun, Aisyah memohon agar orang ramai mendoakan agar urusan rumah tangganya dipermudahkan. Jelasnya lagi, ujian yang ditempuhinya ketika ini sangatlah berat.

Aisyah juga enggan berkongsi mengenai punca penceraian kepada umum kerana baginya, ia bersifat terlalu peribadi.

“Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang.

“Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan berpisah, bukan disebabkan sesiapa,” katanya.

image is not available
Aisyah dan suaminya, alif.

Aisyah dan suaminya, Alif telah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Pada 18 November tahun lalu, Alif berkahwin buat kali kedua di Thailand ketika Aisyah sedang hamil anak ketiga.

Sebelum ini, Aisyah dan suaminya telah ditahan SPRM kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Mereka diperintah membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang yang mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai manakala bakinya tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.