Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Kutipan Derma Untuk Kepentingan Peribadi

Technology
13 Jun 2024 • 1:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Aisyah Hijanah nafi dakwaan guna duit kutipan derma

Sebelum ini kami ada melaporkan yang PW Community mendakwa pasangan pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah seleweng kutipan derma untuk kepentingan peribadi menerusi Facebook. Berat dakwaan ni! Biar betul?

Menyedari akan perkara itu, Aisyah Hijanah akhirnya tampil menafikan dakwaan yang dibuat pihak PW Community menerusi satu perkongsian di Instagram.

Aisyah dilihat perjelaskan 3 fitnah atau tuduhan yang dibuat iaitu pernikahan suami dijadikan content untuk meraih simpati, bekas pekerja diberhentikan akibat mempersoalkan isu audit syarikat dan menggunakan duit kutipan derma sebagai kepentingan peribadi

Selain perjelas panjang lebar, pempengaruh itu juga siap menunjukkan bukti yang menguatkan lagi bahawa dakwaan yang dibuat semuanya adalah fitnah belaka.

Bukan tu jer, Aisyah juga akan bawa perkara ini ke mahkamah selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji nanti.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.