Aisyah Hijanah nafi dakwaan seleweng derma, ambil tindakan selepas pulang haji

13 Jun 2024 • 9:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh, Aisyah Hijanah nafi dakwaan yang mengaitkannya dengan beberapa tuduhan tidak berasas sebuah laman Facebook dikenali sebagai PW Community.

Jawab 3 dakwaan

Menerusi hantaran di Instagram, Aisyah Hijanah menjawab tiga pertuduhan yang dikeluarkan oleh laman Facebook berkenaan dimana menepis pertuduhan perkahwinan kedua suaminya sekadar konten bagi meraih simpati, memberhentikan pekerja jika mempersoalkan audit syarikat serta menggunakan kutipan derma untuk kegunaan peribadi.

image is not available

Aisyah Hijanah nafi dakwaan, perkahwinan k-2 suami bukan konten

Dia yang menjawab satu persatu pertuduhan tersebut telah menyertakan sekali sijil nikah perkahwinan kedua suaminya, Mohd Hazalif bin Mohd Hazani atau Alif Teega.

image is not available

Aisyah Hijanah nafi dakwaan, tunjuk sijil nikah suami

image is not available

Nafi berhentikan pekerja sebab persoal audit syarikat

Dia juga menjawab tuduhan dimana ada bekas pekerja yang diberhentikan kerana mempersoalkan isu audit syarikat yang dikeluarkan oleh PW Community.

Jelasnya, memang ada pekerja yang diberhentikan, namun bukan disebabkan dakwaan berkenaan kerana ia berkaitan tingkah laku serta etika dalam syarikat.

image is not available

Aisyah Hijanah nafi dakwaan, bukti hantar surat peguam

image is not available

Ada resit dan bukti video untuk semua kutipan

Menerusi tuduhan ketiga yang dibuat, Aisyah menafikan dakwaan menggunakan kutipan derma bagi kepentingan peribadi kerana mempunyai resit sah dan membuat video sebagai bukti kepada para penderma.

image is not available

Dalam perjalanan tunai haji

Tegasnya, syarikat Hijanah mempunyai audit yang jelas setiap tahun dan cara jualan syarikat tersebut sama seperti syarikat-syarikat founder di media sosial.

Justeru itu pempengaruh tersebut yang dalam perjalanan mengerjakan haji ketika ini sedia maklum dengan semua dakwaan bereknaan dan telah menyerahkan segala bukti kepada peguam untuk perbicaraan di mahkamah kelak.

image is not available

PW Community sindir Aisyah?

Dalam pada itu, laman Facebook PW Community seakan memerli pempengaruh terbabit kerana segera menjawab ketiga-tiga pertuduhan tersebut sedangkan baru sedikit pendedahan dibuat.

“Await hang menggelupur Aisyah?

Baru teaser, pantun belum dijual tapi dah berbalas,” tulis laman Facebook berkenaan.

image is not available

Terdahulu, Facebook berkenaan telah memuat naik beberapa dakwaan mengaitkan Aisyah Hijanah dan Alif Teega berkaitan syarikat mereka.

Pendedahan yang dibuat sedikit sebanyak membuatkan ramai terkejut kerana sebelum ini tiada sebarang masalah berkaitan syarikat mereka walaupun ada beberapa hal kontroversi melibatkan pasangan tersebut sebelum ini.

Sumber: Facebook PW Community, Instagram aisyahhijanah