Aizo Group lancar Skim Terbitan Saham 65.13 juta opsyen tingkatkan penglibatan pekerja

LocalBusiness & Finance
4 Dec 2025 • 9:59 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Aizo Group lancar Skim Terbitan Saham 65.13 juta opsyen tingkatkan penglibatan pekerja
image is not available
haziq04/12/2025 - 09:59 Oleh HAZIQ HAKIMI haziq@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 Dis Aizo Group Bhd, yang dahulunya dikenali sebagai Minetech Resources Bhd, melancarkan Skim Terbitan Saham (SIS) dengan tawaran sehingga 65.13 juta opsyen, di bawah pelan yang mula dilaksanakan pada 18 Nov 2021.

 

Aizo dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan SIS tersebut mencerminkan keyakinan tinggi pengurusan terhadap trajektori pertumbuhan syarikat serta prospek model perniagaannya yang semakin berkembang.

 

Skim itu bertujuan meningkatkan penglibatan pekerja dalam prestasi syarikat, di samping menyelaraskan kepentingan tenaga kerja dengan sasaran pertumbuhan jangka panjang kumpulan, khususnya dalam segmen produk bitumen hijau, tenaga boleh diperbaharui dan pembinaan.

 

Pengarah eksekutifnya, Ahmad Rahizal Ahmad Rasidi berkata pelaksanaan SIS membuktikan keyakinan pengurusan terhadap hala tuju Aizo dalam memperluaskan operasi terasnya.

 

“Ketika syarikat mengembangkan kehadiran dalam bitumen hijau, tenaga boleh diperbaharui dan pembinaan, adalah penting agar pertumbuhan syarikat turut dikongsi bersama kakitangan.

 

“SIS ini membolehkan pekerja menikmati hasil pertumbuhan tersebut dan mengukuhkan komitmen bersama terhadap penciptaan nilai jangka panjang,” katanya.

 

Menurut Aizo, pelaksanaan SIS ini hadir seiring dengan beberapa projek strategik yang sedang berjalan, sekali gus meletakkan kumpulan itu dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk merealisasikan pertumbuhan berteraskan kelestarian dalam fasa seterusnya. - DagangNews.com

Terkini standard