Ajai Puji Nadeera Zaini Suara Merdu, Lamar Duet Lagu Baharu - "Seorang Insan Seni Yang ..."

13 Aug 2025 • 10:57 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai memaklumkan sudah selesai merakamkan lagu bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera Zaini.

Menerusi kenyataan di media sosial, Ajai memuji kehebatan vokal Nadeera yang disifatkan sebagai merdu dan mampu mencapai nota tinggi dengan kawalan yang baik.

"Alhamdulillah, selesai recording dengan Nad @official_nadeera. Seorang insan seni yang bersuara merdu dan tinggi. 

"Mengenalinya sejak dari dulu lagi ketika beliau memasuki beberapa pertandingan nyanyian. Beliau tidak pernah berputus asa sebab dia percaya pada bakat besar yang ada padanya. 

"Seronok melihat pencapaiannya sekarang,” tulis Ajai.

image is not available

Ajai yang juga juri tetap beberapa program realiti tempatan berkata, dia sudah lama mengikuti perkembangan kerjaya seni Nadeera dan gembira dapat berkongsi karya bersamanya kali ini.

"Hari ini saya hendak berkongsi seni dengannya. Melamarnya berduet bersama saya untuk lagu terbaru. Nad, you have great control on the high notes… Semoga semuanya dipermudahkan, insya-Allah," ujarnya.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved