Ajal langgar belakang lori

20 Feb 2024 • 3:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar insiden kemalangan membabitkan penunggang motosikal di Jalan Rawang Bypass menghala ke Selayang, pada Selasa tular di media sosial.

GOMBAK - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar bahagian belakang lori di Jalan Rawang Bypass menghala ke Selayang, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian itu pada jam 9.13 pagi.

"Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia 28 tahun menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha R15 dari arah Serendah menghala ke Selayang.

"Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa telah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa tercampak ke atas jalan.

"Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan Hospital Selayang. Mayat dibawa ke forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat," ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved