Tiga penumpang cedera bas mini langgar lori

23 Jan 2024 • 3:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tiga individu, termasuk seorang warga emas, cedera ringan apabila bas mini yang mereka naiki melanggar belakang sebuah lori 8 tan di Jalan Kiansom, Inanam, di sini, pada Isnin.

Tujuh penumpang bas mini dan tiga lagi, termasuk pemandu lori yang membawa muatan beras itu, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian 10.20 pagi itu.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (FRD) Sabah, mangsa cedera ialah dua wanita berusia 51 dan 57 tahun serta seorang lelaki, 75.

“Mangsa diberi pertolongan cemas oleh Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) FRD dan pasukan ambulans di tempat kejadian.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Mereka kemudian dihantar ke hospital dengan kenderaan EMRS dan ambulans untuk rawatan lanjut,” kata jurucakap agensi.

Sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas menamatkan operasi pada 10.52 pagi selepas memastikan jalan raya selamat.

Di PENAMPANG, suatu kemalangan membabitkan dua kenderaan merempuh masuk ke dalam sebuah kedai elektronik di Plaza Mahkota, Putatan pada Isnin, berpunca daripada kecuaian seorang pemandu.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Sammy Newton berkata kejadian 11.30 pagi membabitkan Proton Saga dan Toyota Vios itu adalah akibat salah seorang pemandu kereta itu tersilap menekan pedal minyak ketika mahu keluar dari kawasan parkir.

“Ia menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta berhampiran, mengakibatkan kedua-duanya merempuh masuk ke dalam kedai itu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Peraturan Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Sammy menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik sebarang maklumat palsu di platform media sosial bagi mengelak salah faham yang boleh menimbulkan keresahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.