“Ajar Main Belakang Lah, Jilat Lah..” – Konon Bagi Motivasi Rumah Tangga, Wanita Dikecam Kongsi ‘Content’ Lucah

12 May 2023 • 4:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita yang kononnya berkongsi motivasi mengenai perihal rumah tangga dikecam apabila sering memuat naik konten mengandungi unsur lucah melampau secara terbuka di media sosial.

Menerusi hantaran di laman Facebook dan TikTok, wanita itu sering berkongsi tugasan serta peranan seorang isteri dalam rumah tangga termasuk soal nafkah batin.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut mencipta sebuah grup di Telegram untuk dijadikan sebagai tempat para suami isteri meluahkan masalah berkaitan hubungan intim.

image is not available

Difahamkan, grup ‘Isteri Batin Idaman Suami’ itu juga dijadikan sebagai medium untuknya menasihati golongan berkenaan.

Bagaimanapun, perbualan ahli di dalam grup tersebut dipercayai terlalu terbuka sehingga membabitkan perkara-perkara yang berlaku ‘dalam kelambu’ tanpa tapisan.

Secara tidak langsung, perbuatan wanita itu bertentangan dengan ajaran agama Islam dan mengundang kemarahan orang ramai.

image is not available

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang meminta pihak JAKIM dan PDRM untuk menyiasat dan mengangkap wanita berkenaan dengan kadar segera.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersetuju agar wanita itu dikenakan tindakan kerana bimbang akan memberi impak negatif kepada masyarakat terutama tekanan terhadap golongan wanita yang bergelar isteri.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

Makin Ramai Orang Islam 'Excited' Pergi Konsert, Siap Sanggup Habiskan Duit Demi Tiket, Ini Pandangan Ulama