Ajaran sesat di Selangor terkawal, 10 kumpulan dalam radar

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ajaran sesat di Selangor terkawal, 10 kumpulan dalam radar

SHAH ALAM, 23 JUN: Fahaman ajaran sesat di Selangor berada pada tahap terkawal dan tidak membimbangkan susulan pemantauan berterusan pihak berkuasa termasuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan polis.

EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata kira-kira 10 ajaran yang difatwa sesat kini berada dalam radar pemerhatian bagi memastikan ia tidak dihidupkan semula oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, kebanyakan kumpulan terbabit tidak mempunyai jumlah pengikut yang ramai seperti GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), sebaliknya bergerak dalam kelompok kecil.

“Ajaran ini tidak miliki pengikut ramai seperti GISB Holdings (GISBH). Semua kumpulan kecil. Contohnya ajaran Qadiani. Ada cubaan hidupkan semula dari rumah kedai.

Image from: Ajaran sesat di Selangor terkawal, 10 kumpulan dalam radar
EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah pada sidang media selepas sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 23 Jun 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Tapi kita dah turun sita dan beri amaran. Sekarang dah hilang. Setakat ini ajaran sesat tidak membimbangkan kerana kita ada asas undang-undang yang kuat. Bila dah keluar fatwa, maka tindakan perundangan boleh diambil,” katanya pada sidang media.

Mei lalu Ketua Bahagian Fatwa Mufti Selangor Mohamad Shukry Sulaiman berkata tujuh ajaran diwarta sebagai menyeleweng antara 2021 hingga 2026 selepas melalui proses penyelidikan, temu bual dan siasatan pelbagai pihak bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurutnya kertas kajian dibuat selepas benar-benar yakin dan faham dengan pandangan mereka, perbandingan dibuat dengan elemen dalam Ahli Sunnah Waljamaah.

Ajaran berkenaan ialah ajaran Asmaul Husna (2022), Ibu Yati (2022), Makrifat (2024), GISBH (2024), Si Hulk (2025), Risalah Bab Kesucian (2025) dan Kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (2026).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved