
KEMENTERIAN Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Lembaga Kebudayaan Sabah menyasarkan untuk meningkatkan kualiti buskers (pemuzik jalanan) di negeri ini melalui pelancaran Program Akademi Buskers Sabah.
“Aktiviti busking bukan perkara baru di Sabah. Kita melihat persembahan mereka di pelbagai lokasi termasuk pusat beli-belah, kedai makan dan lapangan terbang,” kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin.
