“Akak Akan Selalu Ada..” – Ramai Sebak Baca Ucapan Hari Lahir Adira Suhaimi Untuk Bella Astillah

Entertainment
15 Mar 2024 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kisah perit dicurangi yang sedang dihadapi Bella Astillah untuk kali kelima sememangnya membuat netizen berasa kesian kepadannya dan mendoakan agar Bella sentiasa kuat demi anak-anak.

Adira Suhaimi beri ucapan ‘birthday’

Dapat dilihat di Instagram penyanyi, Adira Suhaimi, dia ada memuat naik satu hantaran istimewa buat Bella sempena hari lahirnya yang ke-30 pada hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Dalam hantaran tersebut, Adira ada memuat naik video ketika dirinya sedang menenangkan Bella yang tidak dapat menahan air mata selepas mengetahui suami ditangkap khalwat bersama rakan baik sendiri, Ruhainies di sebuah kondominium.

Akan sentiasa ada disisi Bella

Adira berkata di dalam ucapan ulang tahun itu bahawa dia akan sentiasa ada buat Bella pada bila-bila masa dan meluahkan rasa sayangnya terhadap aktres itu, tidak kurang seperti sayang kepada adik sendiri.

Akak nak adik tahu yang akak akan selalu ada kalau adik perlu akak.

Netizen rasa ‘sakit’ Bella dikhianati suami

Meninjau di ruangan komen, netizen kebanyakannya meluahkan rasa sebak melihat keakraban Adira bersama Bella yang saling tak tumpah seperti adik-beradik.

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang dapat merasakan ‘kesakitan’ yang dialami Bella apabila pada ulang tahun kelahirannya dia terpaksa hadap ujian besar ini.

Sekadar info, pada Sabtu lalu, Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh pihak JAWI di sebuah kondominium milik aktres terbabit.

image is not available 4 hours ago

"Percaya Pada Allah, Lebih Baik Daripada Bersuara Untuk Dapatkan Validasi Manusia" - Ibu Aliff Aziz