Akak Ni Tak Sengaja Bongkar ‘Penyakit’ Kaum Suami Se-Malaysia

19 Jan 2026 • 10:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Akak Ni Tak Sengaja Bongkar ‘Penyakit’ Kaum Suami Se-Malaysia

Betullah orang cakap, kehidupan berumah tangga ini memang penuh warna-warni. Ada hari penuh tawa, ada hari penuh sabar.

Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads mencuri perhatian ramai apabila seorang wanita secara tidak sengaja ‘membongkar’ satu tabiat pelik yang rupa-rupanya dialami oleh ramai suami di Malaysia.

Lebih kelakar, pendedahan itu seolah-olah jadi isyarat untuk geng isteri-isteri berkampung di ruangan komen dan meluahkan perasaan yang terpendam sekian lama.

“Dia rajin set alarm, tapi bukan untuk dia tau…”

Dalam perkongsiannya, wanita tersebut mendedahkan tabiat suaminya yang rajin menetapkan jam loceng setiap pagi. Bunyi alarm bukan sekali, tapi berkali-kali.

Namun masalahnya, alarm itu langsung tak berfungsi untuk si suami. Sebaliknya, isteri juga yang terjaga, bangun dari katil dan akhirnya menjadi ‘jam loceng hidup’ untuk mengejutkan suami.

“Suami aku ada habit yang dia rajin set alarm, tapi bukan untuk dia tau. Alarm tu untuk aku, supaya aku yang bangun then kejutkan dia,” katanya ringkas, berkongsi cerita.

Di ruangan komen, wanita ini menambah, selepas membaca komen-komen para isteri lain, barulah dia sedar satu perkara. Rupa-rupanya, suami di seluruh Malaysia ada ‘penyakit’ yang sama.

“Bila baca semua komen para isteri, baru sedar. Suami kita semua ada penyakit yang sama. Pagi-pagi dengar jam pun dah trauma…” katanya berseloroh.

image is not available

Geng isteri siap ‘berkampung’ di ruangan komen

Menjengah ke ruangan komen, memang meriah. Seorang demi seorang isteri tampil berkongsi pengalaman masing-masing.

Ada yang suaminya set alarm setiap setengah jam, dari awal pagi sampai ke subuh cerah, tapi masih tak bangun. Ada pula yang ‘terseksa’ dengan volume alarm yang sengaja dikuatkan, sampai satu rumah boleh dengar.

Paling buat ramai isteri naik angin bila alarm suami bukan diletakkan dekat suami, tetapi jauh entah ke mana. Ada yang letak bawah bantal isteri, ada yang letak di ruang tamu, menyebabkan isteri juga yang terpaksa bangun untuk matikan bunyi bising itu.

Tak kurang, ada juga yang berseloroh, walaupun alarm sendiri tak bangun, isteri tetap ‘wajib’ dengar bunyi alarm suami setiap pagi.

BACA: Gelagat Wanita “Survey” Kanopi Kahwin 2028 Buat Ramai Terhibur 

Sumber: Threads @ika.mhmd

The post Akak Ni Tak Sengaja Bongkar ‘Penyakit’ Kaum Suami Se-Malaysia appeared first on Siakap Keli.