Akan Dipindah Sebab Ganggu Kuil? Fitnah! Hospital Bukit Mertajam Nafi Dakwaan, Buat Laporan Polis

LocalPolitics
23 Mar 2026 • 10:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu.

Ahli lembaga berkenaan menjelaskan lawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, ke hospital pada 14 September 2025 tidak pernah membincangkan isu kuil, sebaliknya menumpukan kepada usaha penambahbaikan fasiliti demi kesejahteraan rakyat.

“Kenyataan fitnah yang disebarkan melalui media sosial ini jelas berunsur hasutan perkauman dan agama yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta menimbulkan kekeliruan awam,” menurut kenyataan rasmi Ahli Lembaga Pelawat.

image is not available

Ahli lembaga itu menegaskan tiada rancangan pemindahan hospital.

Sebaliknya, cadangan pembinaan blok baharu bersama mengekalkan bangunan lama telah dirancang sejak 2023 bagi menampung peningkatan jumlah pesakit, termasuk dari daerah lain seperti Kulim, Kedah.

Artikel lain: Tiada Insiden Baharu! Video Gaduh Di Hospital Bukit Mertajam Rakaman Lama – Polis

Projek itu disokong Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan penyediaan tanah seluas lapan ekar (3.237 hektar) dan kini menunggu kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

image is not available

Sehubungan itu, pihak lembaga meminta tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun Facebook yang menyebarkan fitnah tersebut bagi memastikan maklumat palsu tidak menjejaskan institusi kesihatan itu.

Sumber: BERNAMA