AKASO SnapX Kini Di Malaysia – Kamera Aksi 4K Dengan Fungsi Webcam Berharga RM1299

TechnologyDigital
2 Sep 2025 • 12:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AKASO SnapX diperkenalkan secara rasminya di Malaysia. Ia merupakan kamera aksi bersaiz poket dengan berat hanya 36 gram. Ia direka untuk merakam detik bermakna dengan kualiti sinematik dan sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak.

image is not available

SnapX menyokong rakaman video sehingga 4K60FPS dan gambar sehingga 20MP dengan sokongan format RAW. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai mod rakaman seperti Time Lapse, Slow Motion, Hyperlapse dan Night Mode. Ciri rakaman menegak disediakan turut menjadikannya sesuai untuk menghasilkan kandungan media sosial dengan mudah.

image is not available

SnapX menyokong penstabilan imej 6-paksi untuk rakaman yang kekal stabil walaupun dalam situasi lasak. Ia juga kalis air dengan penarafan IPX7 bermakna sesuai digunakan ketika hujan atau di kawasan lembap. Kamera ini turut boleh berfungsi sebagai webcam sehingga resolusi 4K30FPS lalu menjadikannya pilihan sesuai untuk mesyuarat atas talian dan penstriman langsung.

image is not available

SnapX dilengkapi bateri terbina 450mAh yang mampu merakam sehingga 110 minit pada resolusi 1080P. Jika digabungkan dengan Action Pod, masa rakaman boleh dipanjangkan sehingga enam jam. Selain itu, ia dilengkapi storan terbina 64GB bersama sokongan pemindahan tanpa wayar 2.4GHz untuk memudahkan perkongsian fail ke peranti lain.

image is not available

Rakaman turut boleh disimpan dalam format MP4/H.264 bagi menjadikannya mudah untuk disunting dan dimainkan semula pada pelbagai platform. SnapX dijual di Shopee, Lazada dan TikTok Shop pada harga RM1299. Promosi baucar RM100 turut ditawarkan hingga 30 September 2025.