Microsoft kini melangkah setapak kehadapan menuju ke dunia bebas kata laluan, sekaligus mengurangkan kadar pengguna menjadi mangsa serangan siber. Selepas sedia menyokong penggunaan akaun Microsoft tanpa kata laluan, kini pihak Microsoft mengaktifkan semua pendaftaran akaun baharu tidak lagi perlu mempunyai kata laluan.

Sebagai alternatif, pengguna baharu akan perlu memilih pilihan seperti passkey, pengaktifan notifikasi pada peranti, atau menggunakan kekunci sekuriti yang lain. Selain untuk pengguna baharu, pihak Microsoft kini memberikan pilihan untuk pengguna sedia ada memadam kata laluan akaun mereka, dan turut beralih kepada penggunaan passkey.
Selain Microsoft, beberapa perkhidmatan lain turut menggunakan sokongan akaun tanpa kata laluan, dan di Malaysia, salah satunya adalah Daun.



