“Akaun Bank Dibekukan, Najib Tak Mampu Bayar Denda RM50 Juta” – Peguam

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan belum mempunyai kemampuan untuk membayar denda sebanyak RM50 juta, yang menjadi antara syarat sebelum beliau boleh menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika bercakap kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.

Advertisement

Menurut Shafee, keadaan kewangan Najib ketika ini tidak membolehkannya menyediakan jumlah berkenaan kerana beberapa akaun bank miliknya masih dibekukan.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Antara yang terlibat adalah akaun Affin Bank yang menurut Shafee pernah digunakan Najib untuk menerima gaji ketika menjadi Perdana Menteri dan Ahli Parlimen.

Dia serba salah sebab dia sepatutnya bayar, tetapi dia tidak ada duit.

Shafee turut menegaskan bahawa Najib tidak pernah meminta orang ramai membuat sumbangan bagi membantunya melunaskan denda tersebut.

Najib Razak di Mahkamah

Sebelum ini, Najib diperkenan menjalani baki hukumannya secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 selepas diberikan pengampunan bersyarat. Bagaimanapun, pembayaran denda RM50 juta merupakan antara syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Dalam perkembangan lain, permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun berkaitan kes 1MDB dijadualkan didengar di Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober ini.

najib2026-09-20 12:39:22

Najib Kekal Di Penjara Kajang Hingga Denda RM50 Juta Dibayar – Peguam

The post “Akaun Bank Dibekukan, Najib Tak Mampu Bayar Denda RM50 Juta” – Peguam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved