Jika RM50 juta dibayar, mungkin Najib ‘keluar’ sementara rayuan

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 4:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jika RM50 juta dibayar, mungkin Najib ‘keluar’ sementara rayuan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan dapat menjalani perintah tahanan rumah pada 14 Oktober sekiranya denda RM50 juta dibayar dan permohonan penangguhan hukuman membabitkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dibenarkan sementara menunggu rayuan.

Bagaimanapun peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, semua perkara itu bergantung kepada mahkamah dan isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak.

“Kalau kita sudah bersedia pada 14 Oktober, dan hari sama dapat penangguhan, kemudian, Insya-Allah, RM50 juta itu dibayar, ada kemungkinan besar beliau dibebaskan (pemenjaraan dirumah) pada hari yang sama,” katanya dalam sidang media selepas prosiding mahkamah di sini hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai tempoh masa yang diperlukan sebelum Najib boleh pulang ke rumah, Muhammad Shafee tidak dapat memberikan tempoh yang pasti.

Terdahulu Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 Oktober ini untuk mendengar permohonan Najib bagi menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dalam kes 1MDB sementara menunggu rayuannya. – KOSMO! ONLINE

The post Jika RM50 juta dibayar, mungkin Najib ‘keluar’ sementara rayuan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved