Akaun BERSATU disita, Faizal Azumu dakwa parti sukar bergerak – “Ada sampai sumbang RM5”

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 5:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Naib Presiden BERSATU, Ahmad Faizal Azumu mendedahkan partinya masih berdepan kesukaran untuk menggerakkan operasi selepas akaun parti itu disita, sekali gus memberi kesan kepada urusan kewangan parti.

Parti sukar bergerak

Image from: Akaun BERSATU disita, Faizal Azumu dakwa parti sukar bergerak – “Ada sampai sumbang RM5”

Menurut Faizal, keadaan itu memaksa pimpinan dan ahli parti mencari pelbagai ikhtiar bagi meneruskan aktiviti politik, termasuk bergantung kepada sumbangan kecil daripada penyokong.

“Sampai bila akaun BERSATU ini nak disita? Ini duit parti. Presiden kami dihukum sebab orang masuk beri sumbangan kepada parti. Kes itu pun masih dibicarakan di mahkamah. Dan parti kami tak boleh nak bergerak,” kongsinya.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan cabaran yang dihadapi BERSATU dalam menguruskan perjalanan parti susulan sekatan terhadap akaun berkenaan.

Faizal bagaimanapun bersyukur kerana parti itu masih mampu meneruskan gerak kerja walaupun berdepan pelbagai kekangan kewangan.

Menurutnya, ahli-ahli Bersatu turut menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing bagi memastikan program parti dapat diteruskan

Image from: Akaun BERSATU disita, Faizal Azumu dakwa parti sukar bergerak – “Ada sampai sumbang RM5”

“Rupa-rupanya Allah dah tetapkan kalau ulat dalam batu pun ada rezekinya. Jadi kami ini dengan cara penuh kepayahan, penuh penderitaan, dizalimi dan dianiaya, kita terpaksa bergerak.
“Ada kawan beri RM5, RM10, tolong-tolong, kita sama-sama kutip duit, dapat buat program,” dedahnya.

Beliau turut berkongsi pengalaman petugas parti yang berjimat sepanjang menjalankan kempen pilihan raya dengan menyewa rumah secara berkongsi, malah ada yang terpaksa bermalam di dalam kenderaan.

Artikel lain: Faizal Azumu dakwa PN diterima ramai -“Malang sekali kalau berpecah”

Tambahnya, kaedah sama akan terus digunakan sekiranya parti itu berdepan pilihan raya lain pada masa akan datang.

“Pergi ke Johor, beronggok-onggok sewa satu rumah, duduk ramai-ramai. Satu rumah untuk perempuan, satu rumah untuk lelaki. Pindah-pindahlah. Tidur dalam kereta pun ada.
“Lepas ini kalau ada pilihan raya lain pun, kita buat cara sama. Manusia ini memang dah dicipta macam itu agaknya. Dalam kesusahan itu dia cari jalan. Dan Allah dah tetapkan rezeki kita. Jangan risaulah,” tambahnya lagi.

Sumber: Facebook Utusan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved