[VIDEO] PN belum muktamad agihan kerusi PRN Johor, ada pertindihan - Annuar Musa

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 7:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] PN belum muktamad agihan kerusi PRN Johor, ada pertindihan - Annuar Musa
Image from: [VIDEO] PN belum muktamad agihan kerusi PRN Johor, ada pertindihan - Annuar Musa
Annuar (kanan) bersama Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (tengah) Ketika ditemui selepas selesai Mesyuarat Agihan Kerusi PN bagi PRN Johor di Pejabat Agung Pas pada Selasa.

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) masih belum memuktamadkan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan terdapat beberapa pertindihan tuntutan kerusi antara parti komponennya.

Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, rundingan yang berlangsung pada Selasa berjaya menyelesaikan sebahagian besar agihan kerusi, namun beberapa kerusi yang menjadi pertindihan masih memerlukan perbincangan lanjut.

"Kita duduk berbincang dan setiap parti membentangkan senarai kerusi yang mereka sasarkan. Ada beberapa kerusi yang tidak berlaku pertindihan dan perkara itu telah selesai.

"Yang ada pertindihan itu kita setuju untuk bincang esok pada pukul 10 pagi, kita balik hitung tengok macam mana untuk nak selesaikan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat PN di Pejabat Agung Pas di sini pada Selasa.

**media[3560237]**

Mengulas mengenai penggunaan logo PN pada PRN Johor, beliau berkata, perkara itu masih dalam peringkat rundingan dan akan diumumkan selepas semua perbincangan selesai.

“Itu nanti bila semua sudah siap, kita akan buat pengumuman.

"Kita jangka akan muktamadkan rundingan agihan kerusi menjelang Khamis sebelum dibawa ke mesyuarat induk untuk pengesahan,” katanya.

Sementara itu Presiden MIPP, P Punithan mengesahkan PN akan bertanding di semua 56 DUN pada PRN Johor akan datang.

"Kita buat perbincangan dan rundingan kerusi sebab kita nak bertanding. Setakat ini lebih separuh sudah selesai," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved