Akaun Facebook EAIC digodam

12 Jul 2023 • 10:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) digodam hari ini dan tidak dapat diakses oleh semua pentadbir akaun.

Mengesahkan perkara itu, EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan akaun laman sosial di alamat https://www.facebook.com/eaicofficial itu digodam pada 11 pagi tadi.

“EAIC sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendapatkan kembali akses ke akaun tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, EAIC menafikan sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman itu selepas 11 pagi.

Semakan mendapati status terakhir di laman Facebook itu ialah pada 11 malam semalam mengenai sesi libat urus EAIC bersama Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia di Padang Besar, Perlis. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved