Laman BreachForum Yang Menjual Data Peribadi Dirampas Pihak Berkuasa A.S

TechnologyDigital
26 Jun 2023 • 9:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Laman BreachForum yang menjadi tempat ratusan juta data peribadi yang dicuri kini tidak lagi beroperasi selepas domain dirampas oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Sekiranya lama Breached.vc diakses hari ini, notis mengatakan alamat kini sudah dirampas oleh Jabatan Perundangan (DOJ), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Pejabat Inspektor Jeneral Amerika Syarikat.

image is not available

Pemilik laman Conor Fitzpatrick yang menggunakan nama atas talian Pompompurin telahpun ditangkap ada Mac lalu dan kini menanti untuk dihadapkan di mahkamah. Terdapat percubaan untuk meneruskan operasi laman oleh salah orang bekas pengurus tetapi ia tidak dapat dilakukan selepas pelayar turut dirampas oleh pihak berkuasa.

Pompompurin kini berhadapan pertuduhan menjual ratusan juta data peribadi pengguna Amerika Syarikat yang dicuri oleh penggodam. Di Malaysia, data beberapa serangan penggodam yang melibatkan jutaan data peribadi pengguna tempatan juga pernah dijual menerusi BreachForum.