Akaun FB Pusat Khidmat DUN Kijang Digodam, Penuh Gambar Bukan-bukan

17 Apr 2024 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hangat diperkatakan di media sosial berkenaan dengan akaun Facebook milik salah seorang Adun Kelantan, ianya tular berikutan dengan paparan imej dan video lucah pada akaun tersebut.

Akaun Pusat Khidmat DUN Kijang yang mempunyai lebih 25,000 pengikut itu didapati memuat naik banyak gambar atau video pendek yang berunsurkan seksual.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Adun Kijang, Izani Husin, mengesahkan akaun Facebook pusat khidmatnya itu digodam pihak tidak bertanggungjawab.

image is not available

Jelasnya lagi perkara itu mula disedari telah berlaku sejak sebulan lalu lagi dan usaha untuk menyelamatkan akaun tersebut belum berjaya setakat ini.

“Ya digodam. Kami dah buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya hari ini.

Sementara itu seorang pegawai kepada exco kerja raya, infrastruktur, air dan pembangunan luar bandar Kelantan itu berkata, akaun tersebut pada asalnya diurus oleh beberapa kakitangan pejabat DUN Kijang.

Namun kata pegawai terbabit kesemua mereka tidak lagi mempunyai akses terhadap akaun Facebook tersebut selepas ia digodam.

“Susulan itu kami buka satu akaun Facebook baru dengan nama yang sama,” katanya.

Sepanjang artikel ini ditulis, min dapati akaun tersebut masih lagi dipenuhi dengan imej-imej sebegitu, harap-harap ramai-ramai boleh report page tu supaya dapat dilupuskan.

Sumber : X, Malaysiakini

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.