'Akaun fleksibel KWSP bantu tambah simpanan persaraan'

14 Oct 2023 • 1:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Pengenalan akaun fleksibel atau akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam dilihat mampu menambah simpanan persaraan ahli, kata ahli ekonomi.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak, berkata kelebihan menyimpan wang menerusi akaun 3 KWSP akan memberi pulangan lumayan kepada ahli berdasarkan dividen yang lebih tinggi berbanding institusi perbankan lain.

“Ini satu yang bagus kerana KWSP mempunyai mempunyai rekod mengurus pelaburan yang sangat baik sejak lebih 60 tahun.

“KWSP memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi daripada bank. Purata (dividen KWSP) adalah 6% dan bank beri dividen tak sampai 2%,” katanya kepada FMT.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Menurutnya, pengenalan akaun tersebut itu juga akan memupuk disiplin ahli untuk menabung setiap bulan, disamping tidak menjejaskan akaun 1 dan 2 sedia ada untuk simpanan hari tua.

“Individu akan tentukan sendiri simpanan, kalau dia rasa dia mampu, dia akan simpan lebih banyak sebab tak ada risiko dan tak ada sekatan.

“Katakanlah di hujung bulan banyak duit, simpanlah lebih sikit. Kalau hujung bulan terdesak boleh keluarkan balik. Cuma kalau dia keluarkan kurang dari sebulan mungkin dia tak dapat pulangan (dividen),” katanya.

Barjoyai mengulas pengumuman perdana menteri berhubung penstrukturan semula akaun ahli KWSP bagi memperkasa simpanan persaraan.

Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Ahmed Razman Abdul Latiff pula menyambut baik langkah itu kerana ia membolehkan ahli mengeluarkan simpanan ketika kecemasan atau keperluan tertentu.

“Kalau kita lihat simpanan KWSP sekarang jika ada pengeluaran yang mahu dibuat, ia harus disebabkan oleh tujuan yang khusus seperti pendidikan, perumahan, haji dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun Razman berkata kemungkinan kadar pengeluaran akaun 3 terhad kepada jumlah tertentu berdasarkan tujuan simpanan KWSP adalah untuk persaraan di hari tua.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.